.::Sekuntum Bunga Untuk Mu::.

Assalamualaikum and very good morning to all of my reader...
Cewah, meroyan apa pula pakcik pagi-pagi ni speaking...
Actually pakcik sedang key-in data ke dalam sistem...
Busy busy busy...
Curi masa update belog usang pakcik ni kejap...
<<-----Takot bos nampak
Tak payah cakap banyak, pakcik just nak kongsi sekeping gambar yang pakcik rasa lawa...
Tengok jela ye...

begitu indah ciptaan ALLAH
 pakcik hadiahkan sekuntum bunga untuk readers belog pakcik...suka tak..? hehe

Pakcik snap gambar ni dah lama dah...
Masa ni pakcik sedang menunggu pintu hall di buka...
Detik cemas sebelum pakcik menerpa masuk untuk menduduki final exam...
Sempat lagi tu buat benda lain...
Gambar ni di"snap" menggunakan camera yang maha canggih pakcik iaitu....
DSLR...???
Bukan lah...tu la, menyampuk jer pakcik nak bercerita...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni ha camera yang canggih giler-giler tu...
merembat dari encik Google

Sekian sahaja cerita pakcik...
Sebelum pakcik lupa, pakcik mintak maap sangat-sangat noh sebab lama tak renovate update belog ni...
Pakcik agak busy kebelakangan ni...

pesanan tuan tanah : bos dah datang, cepat-cepat buat kerja...

.::Burung Marah VS RIO::.

Assalamualaikum and very good evening...
Perghhh...pakcik speaking tu
Tiba-tiba pakcik terasa nak renovate update rumah buruk belog pakcik ni...
Padahal baru jer siap basuh moto, lap pun belum lagi...
Meroyan apa pakcik ni, tiba-tiba je....


Ok berbalik kepada tajuk di atas...
Semalam baru khatam untuk kali ke-2 pakcik tengok cerita RIO...
Pakcik memang suka layan cerita Walt Disney nie...
Sejak dari dalam perut kecil lagi pakcik layan...
Pastu pakcik perasan watak dalam cerita RIO tu ada persamaan dengan watak Burung Marah...
Perasaan mu jer pakcik oii
Laa...korang tak tau apa tu burung marah...?
Biar betik....
Angry Bird la sayam oiii....

Eh, tapi betul ke RIO sama dengan Burung Marah...?
Atau Burung Marah yang sama dengan RIO...?
Pakcik pun dah kompius...mana dulu yang release ea...?
                               ANGRY BIRD --------> RIO
Warna dekat-dekat nak sama...
Tapi perwatakan je yang berbeza...
Tak kisah la apa pun, yang penting pakcik suka kartun dari Walt Disney and Pixar...
Sebab jalan ceritanya tak pernah mengecewakan pakcik...

pesanan tuan tanah : mana nak cari duit ni, kuda putih da masuk ICU, memerlukan kewangan yang banyak untuk operation.

.::Biar Lagu Yang Bercerita::.

Manusia selalu mendefinisikan bahawa pelangi itu indah dan membahagiakan...
Namu pelangi tidak akan kekal di depan mata...
Ia singgah seketika cuma...


Don't find ...
Let  find you...
That's why they call it falling in ...
Because you're falling in  without forcing it to fall...

pesanan tuan tanah : terpaksa akur dengan keputusan si dia andai itu yang dapat membahagiakan dia.

.::Pencarian URL Paling Unik?!::.


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekian sahaja berita untuk hari ini...
Datang kerja pagi-pagi, besemangat nak buat kerja...
Tapi sempat lagi mengular bukak dashboard, tengok belog siapa yang update...
Pakcik terbaca post terbaru cik adik ni...
Secara tiba-tiba dan tak sengaja pakcik berminat nak join...
Sepantas siput sedut pakcik picit link ke belog Che' Mad...
Che' Mad ni la penganjur contest nie...


Tanpa melengahkan masa, pakcik nak cerita macamana boleh terciptanya URL belog ni...
Sebelum pakcik bebel panjang, pakcik perkenalkan nama sebenar pakcik...
(kite kite je yang tau ni ye...)
Nama sebenar pakcik, Zabidi...Muhammad Zabidi...
Cuba sebut ramai-ramai(budget ramai follower)...Pandai...
Sebenarnya pakcik baru lagi dalam dunia roadbelog ni...
Follower pun ada la dekat ngan 400 orang...
Macamana pakcik boleh pilih nama ni jadi URL pakcik....?
Meh dekat sikit nak cite...


Ingat lagi World Cup 2010 siapa tuan rumah...?
Apa...?? Moggolia...? Bukan la nak oii...
South Africa tempat rimau bertelur laa sayam...
Ingat lagi tak negara mana jadi juara...?
Hong Kong....??? Kamu ni biar betul...Hong Kong mana main WC2010...
Spain a.k.a Sepanyol yang meraih gelaran juara pada masa tu...
Apa kaitan World Cup, Spain segala bagai ni dengan URL pakcik...?
Banyak cakap pulak budak ni, baca jelah, tampo laju-laju baru tau...



Xavier Hernandez adalah salah seorang pemain Spain yang menyarungkan jersi bernombor 8...
Beliau juga bermain untuk kelab Barcelona FC dengan menyarung jersi bernombor 6...
Korang tak kenal dengan Xavi...?
Meh pakcik kenalkan kamu dengan beliau...
Yang girl jangan cair pula tengok gambar pakcik Xavi ni...


ni masa WC2010


berjersi Barca

pakcik tau yang girl dah berkenan,
so pakcik belanja gambar..
nanti wat wallpaper lappy ea...hehe


Pada awalnya pakcik langsung tak terlintas untuk guna nama Xavi De ni...
Kawan pakcik yang rekemen pada pakcik untuk taruk nama ni pada pesbuk pakcik...
Mula-mula beliau cadangkan taruk nama Xabi De...


Kenapa Xabi De...?
Kerana ada lagi sorang pemain Spain yang bernama Xabi Alonso...
Beliau bermain untuk kelab Real Madrid sekarang ni...
tak kenal jugak siapa Xabi Alonso...?
Nak kenal mamat poyo ensem tu...?


nah pakcik belanja sedas gambar mamat poyo ni

Pakcik rasa tak berapa glamour dengan nama Xabi, kerana nama pada jersi beliau adalah Alonso, bukanya Xabi...
Manakala Xavier Hernandez mengenakan nama Xavi pada jersi beliau...
So dengan tanpa rasa besalah dan segan silu pakcik ambik Xavi(Zabi) De(di) sebagai nama URL pakcik...
Walaupun pakcik tau pakcik lagi tak se"hensem" mereka, dapat guna nama glamour pon jadi laa...
Glamour ke....????

Sekian saja panglipur lara dari dari pakcik, macamana boleh terciptanya URL belog ni...
Wooiiitt....boleh kamu tido time pakcik bercerita ya...
Memang nak kono budak ni...

Syarat penyertaan kena tag minima 2 orang...
Follower pakcik tak ramai ada hati nak join contest juga, so pakcik tag
pesanan tuan tanah : waahhh...teruja... follower bertambah lagi 100 orang, baru tadi pakcik perasan..arighato gozaimas pada cik Fara Ada...

.::Pakcik Bukan Sombong::.

Assalamualaikum pada semua penduduk bumi...
Entry ni nak taip pendek jer (dengan harapan dapat wat karang 120 patah perkataan)...

Dulu pakcik ni silent reader je kat belog orang...
Lepas baca post orang tu pakcik suka tengok respon n komen pembaca...
Dalam banyak-banyak komen ada la terselit komen camni...
"Saya dah follow awak, follow la saya balik ye...=)"
Dan mesej yang sama waktu dengannya...
Perlu ke kita bagi tau dia kita dah follow dia...?
Maybe perlu maybe tak kan...
TAPI...yang suruh follow balik tu tak leh blaaa...

Bukan pakcik sombong, angkuh dan sama waktu dengannya...
Tidak ke nampak macam paksa orang tu suruh follow belog kita...?
Tak payah la kot buat macam tu...
Paling tidak pun, jemput dia melawat belog kita, dia nak follow belog kita or tak, tu terpulang pada empunya diri...
Pakcik pun orang baru juga lagi dalam dunia belog ni, jangan pulak korang kondem pakcik pulak ye lepas ni...hehe

Kepada 4 orang aweks follwers (semasa entry ni sedang di taip) kat belog pakcik ni, pakcik berterima kasih sangat-sangat pada korang...
Belog pakcik ni belog budak-budak baru nak naik, takde la gempak macam belog-belog otai yang lain...
Sekadar menaip apa yang terbuku dihati...
Jangan kamu terasa hati, ini sekadar luahan pendapat, apa yang pakcik cakap kan ni, tiada kaitan dengan yang hidup, yang mati, yang sedang tidur, yang sedang basuh baju, yang sedang skodeng anak dara sebelah rumah, yang sedang sedang saja(iwan la pulak), dan macam-macam yang lagi...
Adios amigossss...

pesanan tuan tanah : Dah dah la tu pakcik membebel, bukan ada orang nak dengar pun, sambung buat kerja.

.::Bertuahnya Kamu Wahai Wanita::.

Assalamualaikum dan salam hari-hari...
Petang ni pakcik pakai kopiah jap nak jadi alim sikit..hehe
Pakcik just nak share apa yang di-share oleh kawan pakcik kat pesbuk...
Korang baca jela ye, mudah-mudahan korang boleh jadi lebih baik dari hari ini...
Kenapa pakcik sebut korang...???
Yela, ni kan pasal orang perempuan, pakcik ni lelaki, kalau xpercaya tengok bulu ketiak pakcik...
Korang tu merujuk pada perempuan-perempuan yang ada kat luar sana...
Dah panjang pulak pakcik mengarut, korang baca jela...

Beruntungnya seorang wanita…
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
Cuti ini bukan cuti suka hati
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Beruntungnya seorang wanita
 Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya… 

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Berpeganglah kamu kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
 Itu dianggap mati syahid,
 Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi,
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
Ganjaran  akan diberi keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,
Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami  
 Dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
Segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik,
Dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki) ,
Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami (jika dah kahwin) anda…
~sekadar gambar hiasan~
pakcik lupo mano pakcik rembat gambo nie,
kalau tua dio ado sini, pakcik mintok maap la yo


Bukan pakcik taknak buat link credit pada orang yang share nie...
Tapi tuan empunya badan warak, gambar profile pun pakai purdah...
So pakcik hormat beliau...


Sekian saja tazkirah petang pakcik pada hari ini...
Sehingga kita bertemu lagi di hari dan waktu yang lain...
Tu pun kalau pakcik panjang umur...
Yang baik datangnya dari Allah S.W.T, yang buruk datangnya dari pakcik...
Adios amigosta...Wassalam...


pesanan tuan tanah : mood rindukan seseorang yang sedang lupakan diri ini...

.::Game Ular 3310::.

Assalamualaikum dan selamat pagi wahai warga cekerawala...
Haa..pagi-pagi lagi dah mengarut pakcik ni...
Bukan apa, pakcik bosan tahap gaban...


Haa...sesiapa yang baca tajuk ni mesti terpinga-pinga seperti rusa masuk kampung kan...
Fine, takde kaitan pon...

Pakcik just nak kongsi satu game nie...
Sedang bosan-bosan kat opis, pakcik layan game ular makan tikus nie...
Dulu pakcik selalu main kat enset 3310i...
Tetapi, nampaknya game ini telah melalui revolusi, kini boleh bermain secara online...
Wahhh...teruja pakcik...

Korang layan jela print screen yang pakcik sempat rembat semasa pakcik sedang khusyuk bermain...


ni level1...agak senang, sbb ular masih kontot


nampakkk...dah makin panjang ular peliharaan pakcik..ni level2


level3...keadaan ular makin parah


semakin huru-hara..dah berbelit-belit dah menatang ni


last level pakcik leh capai..dah kronik dah ular pakcik..


Korang boleh tanya macamana pakcik boleh kalah....?
Try korang picit gambar level5 tu, korang cari la sendiri tikus tu menyorok kat mana...


Syarat bermain :
  1. Just gerak-gerakkan mouse/touchpad korang. Kepala ular tu sebagai pengganti anak panah korang.
  2. Jangan gigit badan sendiri(badan ular tu la maksud pakcik).
  3. Kena makan tikus yang muncul sepantas yang boleh, sebab tikus tu bakal hilang. Bila tikus hilang, habis masa. GAME OVER.
  4. Perlukan strategi untuk ular tu terus memanjang. Korang pikir la sendiri caranya.
Apa-apa pun pakcik bangga, sebab pakcik dapat challenge mamat yang guna nama Master Cobra...
Korang tak caya...???
Tengok bukti ni...


Picit gambar, bukak mata luas-luas. Tengok nama siapa paling atas...
Amacam, ada sesiapa berani nak cabar pakcik...?
Kalau berminat, penyet sini...
Kalau boleh challenge pakcik, nanti pakcik belanja mekdi...wahahaha....

pesanan tuan tanah : dah seminggu kerja tak gerak. takde hasil.

::Jadi Pomen Tengah Hujan::.

Assalamuaikum dan selamat pagi...
Post sebelum ni pakcik lupa nak bagi salam...
Teruk betul pakcik ni, so dari sekarng kena amalkan memberi salam sebelum mangarut lebih panjang...


Pagi ni datang kerja memang mencabar...
Segala ilmu pomen(membaiki moto) yang terbuku di dada telah teruji...
Apa tidaknya, moto kesayangan pakcik meragam semasa on the way ke tempat kerja...


Pakcik sekarang bukan kerja pon, baru praktikal...
Pakcik buat praktikal kat Melaka, Negeri Bandar Teknologi Hijau...
Tempatnya di rahsiakan demi keselamatan rakyat sejagat...
Pakcik ni stay kat Rembau, so ulang alik la datang kerja di Melaka ni...


Hari ni nak dijadikan cerita, moto pakcik meragam...
Masa tu pakcik baru je masuk highway(tol simpang ampat)...
Keadaan cuaca pada pagi ni hujan renyai-renyai, jalan agak basah...
Dengan kelajuan supersonik pakcik memecut, berlumba dengan sebuah lori...
Tiba-tiba moto pakcik tersedu-sedu...

"Apo kono pulak ngan moto nie", pakcik bermonolog.


Demm...lori tu dah jauh kehadapan menuju garisan penamat...
Pakcik pun berhentikan moto pakcik, masa tu enjin moto dah mati...
Sungguh meruntun jiwa pakcik,dengan keadaan cuaca yang sungguh "romantis", moto kesayangan pakcik buat hal...

Masa tu pakcik belum lagi sampai R&R Restoran Jejantas...
Sesiapa yang selalu ulang alik guna jalan ni dia tahu la..
Pakcik kuatkan tenaga, cuba start balik moto pakcik tu...
Guna manual punya, sebab moto pakcik takde electric starter...
Kayuh punya kayuh, takmo hidup jugak...
Ada juga pakcik cuba tahan moto yang lalu kat situ...
Tapi hampa, mana la ada orang nak berenti, dah la time hujan kan, tambahan pula orang berkejar untuk ke tempat kerja masa tu...
Pakcik cuba dan cuba lagi...
Hampir putus harapan pakcik...
Sambil-sambil tu pakcik masih cuba menahan orang yang lalu kat situ...
Tiba-tiba ada la insan mulia berpatah balik kearah pakcik...
Yela, dorang patah balik la sebab dorang laju,dah terlajak dari tempat kejadian...
2 orang, menaiki moto Yamaha LC kaler hitam...


Orang : Kenapa ni...?
Pakcik : Entah la, enjin tiba-tiba mati...dah start tapi xmo hidup. Abang nak kemana...? Boleh mintak tolong..?
Orang : Saya nak ke Ayer Keroh...Tolong macamana...?
Pakcik : Sama la kita, boleh tolong tunda moto pakcik tak...?

Orang : Jauh lagi tu nak ke Ayer Keroh, lagi pun saya nak cepat, ada kematian.
Pakcik : (Innalillah...) Takpe la bang, abang gerak dulu la kalau macam tu.
Orang : Mintak maaf ye.
Pakcik : Takpe-takpe...Abang gerak dulu.



Situasi  budak tu lagi penting dari pakcik, pakcik paham...
Pakcik kuatkan tenaga batin pakcik, buka seat dan ambik segala peralatan bedah untuk baraikan moto pakcik...
Buka dalam, buka luar, buka dengar sini buka apa yang patut...
Kasi gosok-gosok sama itu spark plug, kemaskan mana yang patut...
Then pakcik cuba start...
Vrrrooommmmmmmm............

Alhamdulillah dah hidup...cepat-cepat pakcik pasang balik baju coveset moto pakcik...
Kali ni bawak slow jela...
Jangan lupa, masa ni tengah hujan lagi...
Nak dipanjangkan cerita, moto pakcik mati enjin skali lagi...
Betul-betul kat signboard 2km exit Ayer Keroh...
Tanpa berfikir panjang, pakcik terus buka coverset macam tadi...
Ketuk sana, ketuk sini, siap...
Berpeluh tu takyah nak cite la, bercampur pula dengan renyai hujan...
Siap je, pakcik terus gerak...
Masuk Ayer Keroh terus cari bengkel...
Sekarang moto kesayangan pakcik tu di-operate kat bengkel berdekatan dengan MITC...
Janji petang ni nak ambik dengan apek tu...
On kos katanya RM109, pokai la pakcik, Dah la kerja takde dapat gaji...
Terima kasih kepada member sepejabat pakcik kerana sudi pergi ambik pakcik kat situ...
Petang karang tolong hantar sana semula ye...hehe...

Ni la gambar awek
 moto kesayangan pakcik...
Tapi ni lama punye, yang latest belum bergambar lagi...


kalau rasa gambar ni xjelas,penyet jer tetikus kat atas gambar


pesanan tuan tanah : Amat memenatkan...cerita ni lagi ringkas dari pengalaman sebenar.