.::Tanpa Kata #4::.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tajuk   : Pohon Nyiur Melambai
Lokasi : Persisir Pantai Teluk Gadung, Dungun.

pesanan tua tanah : tak sabar nak balik beraya.

.::Dara Oh Dara::.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga sihat sentiasa para pengkritik sekalian...

Hah, baca tajuk je dah macam-macam reaksi muka terpancar...

Lelaki ~ meleleh air liur, otak dah start kuning
 
Perempuan ~ OMG, pakcik ni dah mula nak menggatal dan melucah dalam belog
Nak tau cerita pakcik, baca la kasi habis dulu...
Lempang laju-laju baru tau...

.::Duit Raya::.


 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sihatkah kamu semua...?
Semoga sihat selalu hendaknya...

Hah, baca tajuk entry jer mata semua da terbukak luas...
Dengar duit raya jer semua tangkap leleh...

Sabar-sabar...pakcik lum keje, tak leh nak kasi cash pada korang semua...
Tajuk tu saje jer nak kasi gempak...

Pakcik saja teringat nak buat amal bulan puasa ni...

Caranya senang sahaja, tiada syarat-syarat tersembunyi...
Tak perlu susah-susah nak buat satu entry link ke belog pakcik...
Tak perlu follow pun takpe, nak follow pun ikut pandai kamu ler, tiada paksaan...
Cuma tinggalkan sebarang komen pada entry ini...
Mesti komen, kalau kat shoutbox tidak di ambil kira...
Pakcik akan kunjung balas ke belog kamu dan klik iklan-iklan yang ada di belog kamu...
Kalau ada 10 iklan, 12 pakcik klik...
Si Putih : Ewah pakcik, tu dah lobeyh...
Pakcik  : Diam la kamu, cepuk baru tau...=..='

Itu sahaja, senang bukan...?
Ajak member-member korang robohkan komen kat entry ni...

Tarikh tutup : bila-bila masa pakcik rasa pakcik nak tutup DAH TUTUP DAH...

Sekian...

pesanan tuan tanah : ini jer yang pakcik mampu buat buat masa ni...terima kasih pada para readers, kunjungan kamu semua amat pakcik hargai...

.::Tanpa Kata #3::.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tajuk   : Mentari Di Ufuk Barat
Lokasi : Pekan Rantau Panjang

pesanan tuan tanah : kagum dengan alam ciptaan-Nya.
 

.::Kisah 4 Sahabat::.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semoga kamu semua sihat selalu hendaknya...
Paku dah ada, tukul dah ready...
Bersiap-siap nak renovate rumah buruk pakcik nie...
Entry kali ni bercerita dalam English...
Tak paham tu, buat-buat paham...
Ambil hati orang tua...

This is a story 4 people named EVERYBODY, SOMEBODY, ANYBODY and NOBODY.

There was an important job to be done and EVERYBODY was sure that SOMEBODY would do it.

ANYBODY could have done it, but NOBODY did it.

SOMEBODY got angry about that, because it was EVERYBODY's job.

EVERYBODY thought that ANYBODY could do it, but NOBODY realized that EVERYBODY wouldn't do it.

It ended up that EVERYBODY blamed SOMEBODY when NOBODY did what ANYBODY could have done!

pesanan tuan rumah : apa yang penting, kerjasama...

.::Yang Hidup Pasti Mati::.

Assalamualaikum dan selamat bersahur kalian...

Awal-awal pagi lagi ma pakcik call...
Suaranya agak cemas di hujung talian...
Ma menyampaikan berita bahawa Pak Teh telah pulang ke rahmatullah...
Innalillah...
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang yang beriman...
Takziah buat keluarga beliau...
Nampaknya sepupu-sepupu pakcik menyambut Syawal tahun ni tanpa seorang insan yang bergelar bapa...
Sudah dua tiga hari akak pakcik asyik mengadu bahawa mata kirinya asyik berkelip-kelip, macam ada sesuatu petanda...
Mungkin ini yang Allah nak tunjukkan...

Hari ni kita dengar berita orang tu meninggal, orang ni dah takde...
Esok lusa mana tau giliran kita pula...

Mati itu pasti, itu janji ALLAH...Lambat or cepat je...

Bekerja dan kumpulah harta seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi...
Beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati hari esok...

pesanan tuan tanah : ya ALLAH ya Tuhan ku, kau panjangkanlah umur dan hapuskanlah segala dosa kedua ibu bapa ku, sekurang-kurangnya aku mahu mereka melihat aku berjaya. Sekurang-kurangnya mereka sempat melihat cucu-cucu mereka hasil dari zuriat ku.AMN...

.::Kuih Dan Perwatakan Tersendiri::.

Assalamualaikum dan selamat tengah hari...
TENGAH HARI...jangan ingat nak pergi dapur buka saji pula...
Renovate rumah sikit di pagi hari...
Pakcik just nak kongsi dengan korang apa yang member pakcik kongsi pada pakcik di mukabuku...

Perrrghhh...bercerita pasal kuih time-time macam ni buat perut pakcik berkerongcong lagu Tanya Sama Itu Hud2 la pulak...
Kuih muih di panggil dengan pelbagai nama...
Tapi tau kah kamu, kamu dan kamu...
Hey kamu, jangan lari...duduk, baca sampai habis....!

Berbalik pada perbincangan kita
Taukah kamu dengan perwatakan kuih muih tersebut...?
Jom ikot pakcik selongkar perwatakan di balik nama kuih muih tersebut...

Kuih paling ganas/gangster habis  -----}  Lompat Tikam
Kuih paling sexy                                -----}  Puteri Mandi tak basah
Kuih paling pengotor                        -----}  Taik Itik pulang petang
Kuih bajet cute                                  -----}  Cek Mek Molek
Kuih awet muda                                -----}  Seri Muka
Kuih paling waraq                             -----}  Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik               -----}  Batang Buruk 18SX
Kuih kaki pukul                                  -----}  Kuih Lompang
Kuih anggota zoo                              -----}  Badak Berendam
Kuih untuk pak polisi                         -----}  Kuih Sempret
Kuih bangun takyah kejut                  -----}  Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi                        -----}  Kuih Bau-Lu hampak
Kuih paling aman tenteram               -----}  Kuih Makmur sentosa
Kuih paling lembap                            -----}  Kuih Siput sedut

Apa macam...? Ada sapa brani makan maa....?

Siapa yang tak kenal kuih muih ni, pakcik belanja gambar sikit pada korang...

Lompat Tikam
takde pedang pun..keh3x...

 Puteri Mandi
amacam, sexy tak...? pink kaler gitu...

Taik Itik
 betul ker ni...? nampak sodap...=D


Cek Mek Molek
perghh...skali geget terpancut dari dalam, meleleh pakcik cakap ko.
oiitt...pikir kuning la tu, ingat pose ni. terpancut gula la maksud pakcik


Seri Muka
macam kuih pulut sekaya jer.. sodap jugak ni...

Kuih Ketayap
mamat hijau si stalker tu mesti suka kuih ni..keh3x, kantoi...

Kuih Batang Buruk
kuih ni pakcik kureng sikit

Kuih Lompang
bergelora nafsu pakcik tengok kuih ni. bunga tu boleh makan tak? hehe

 Kuih Badak Berendam
takde rupa badak pun..=..='

Kuih Semperit
kuih ni slalu akak pakcik buat dulu

Kuih Bangkit
macam-macam rupa bentuk ada. jangan korang telan yang ni, belum masak kot.

Kuih Baulu/Bahulu
kalau orang kelantan panggil "woh ulu"..hehe

Kuih Makmur
yang ni pun pakcik agak kureng jugak. kalau ada rembat jer..hehe

Kuih Siput
dalam banyak2 yang diatas, kuih ni je yang bersesuian dengan nama
sebab rupa bentuknya seperti siput sedut...hehe

Entry paling banyak gambar setakat ni....
Harap-harap tak lembab la nak loading ye...
Semua gambar kuih muih yang menyelerakan di atas adalah hasil rompakan pakcik dari Encik Google.

pesanan tuan rumah : rindu masa kecil dulu, tolong akak pakcik buat kuih raya...

.::Sudah Ada "LIKE"::.

Assalamualaikum dan selamat berbuka puasa...
Bukan sekarang laa... kejap lagi...
Entry pendek sahaja...
Lurus kepada titik <---direck translate
Atas permintaan Cik Para, pakcik dah taruk button like pada entry pakcik...
Credit to Mario Zoner....
Pakcik tengok tutorial kat belog beliau...
Belog tah pape pun nak jugak taruk button like pakcik ni...

pesanan tuan rumah : macamana pakcik nak balik, hujan lebat kot. Berbuka atas moto ler nampak gayanya...

.::Mulia Sungguh Hati Insan Itu::.

Assalamualaikum...semoga kamu, kamu dan kamu bahagia di samping orang tersayang...
Pakcik cuma ingin berkongsi cerita yang berlaku depan mata pakcik petang tadi...

Kejadian ni berlaku semasa pakcik dalam perjalanan pulang dari tempat pakcik lepak kerja...
Pakcik memandu menunggang evo X honda kapcai masa tu...
Sambil membontoti follow sebuah kereta Proton Waja...
Kelajuan kapcai pakcik pada masa tu mencecah takat didih enjin jet Apollo...
Yela...follow Wajavo kot...
Dari jauh pakcik nampak seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal tiba-tiba brek secara mengejut di bahu jalan...
Pemuda tersebut berlari ke tengah jalan di lorong sebelah kiri dengan perasaan cemas...
Sambil menahan kereta Waja (yang pakcik sedang follow) sambil memberi isyarat supaya kereta Waja tu perlahankan kelajuan dan menukar ke lorong kanan...
Jalan 2 line, korang faham tak...?
Yang tak faham tu buat-buat faham...
Pakcik awal-awal lagi dah nampak, so pakcik sempat menukar ke lorong kanan...
Pemandu Waja tersebut maybe lapar sangat sampai tak perasan pemuda tersebut, then........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Baca dulu pakcik nak cerita ni, suka hati korang je pikir Waja tu langgar pemuda tersebut...
Bila dah dekat tu baru pemandu tersebut perasan...
Di menukar ke lorong kanan secara mengejut...
Hampir terlanggar pakcik...
Dalam hati dah mula menyumpah sesumpah tersebut...Abestos
MasyAllah...puasa ni, pakcik cuba bertenang...
Masa melintasi pemuda tersebut pakcik sempat menoleh ke arah beliau...
Guess what....???
Ada seekor anak kucing terbaring kat tengah jalan tu...
Pemuda tersebut ibarat bertaruh nyawa semata-mata untuk menyelamatkan nyawa anak kucing tersebut...
Pergghhh...sentap hati pakcik kejap...

Korang bayangkan...
Time tu waktu puncak orang balik keje,
Perut lapar kejar nak berbuka puasa,
Jalan kat situ agak berbukit, on the way turun masa tu, mesti laju kan,
Berderet-deret lagi kereta kat belakang Waja tu...

 kalau tak, jadi camni haa anak kucing tu

TAPI...pemuda tersebut berani bertindak sedemikian semata-mata untuk nyawa seekor kucing...
Pakcik memang tabik spring pada pemuda tersebut...
Beliau memang seorang HERO...
Syabar brader, semoga Allah balas budi kamu...

kalau anak kucing tu boleh berkata-kata
 
pesanan tuan tanah : apabila terdesak, manusia akan lakukan sesuatu tindakan luar jangkaan dan luar dari kotak pemikiran waras seorang manusia normal.
<----terharu

.::Tanpa Kata #2::.

Assalamualaikum...
Semoga anda semua sihat selalu...

Tajuk   : Sinaran Nun Di Sana
Lokasi : Kampung Teluk Chengal

pesanan tuan rumah : menikmati keindahan alam...


.::ABC Jepun::.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Semoga sihat walafiat mahunya kamu semua...
Pakcik curi masa kejap untuk naik taraf update belog sebelum balik keje...

Ada seorang kawan kongsi di mukabuku sebutan ABC dalam bahasa Jepun...
Cuba korang buat nama korang menggunakan ABC ni dan sebut dengan lantang nya...

Pakcik dah cuba, bunyi macam nama alien jer nama pakcik...


==>  ka
==>  tu
==>  mi
==>  te
==>  ku
==>  lu
==>  ji
==>  ri
==>  ki
J  ==>  zu
K  ==>  me
L  ==>  ta
==>  rin
N  ==>  to
==>  mo
==>  no
==>  ke
R  ==>  shi
S  ==>  ari
T  ==>  chi
U  ==>  do
V  ==>  ru
==>  mei
==>  na
Y  ==>  fu
Z  ==>  zi

Tinggalkan nama anda dalam sebutan ini diruangan komen...
Selamat mencuba...

pesanan tuan tanah : siapa yang dengki dengan pakcik sampai report pada bos kata pakcik sombong. Bengang pakcik...

.::Tanpa Kata #1::.

Assalamualaikum and very good evening to my beloved readers...
Selamat berpuasa semua...
Ingat...puasa jangan  tak puasa...



pesanan tuan tanah : luaran nampak hepi, kat dalam hanya Allah yang tau. Hati pakcik berbunga, tetapi hambar...