.::Dara Oh Dara::.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga sihat sentiasa para pengkritik sekalian...

Hah, baca tajuk je dah macam-macam reaksi muka terpancar...

Lelaki ~ meleleh air liur, otak dah start kuning
 
Perempuan ~ OMG, pakcik ni dah mula nak menggatal dan melucah dalam belog
Nak tau cerita pakcik, baca la kasi habis dulu...
Lempang laju-laju baru tau...

Member pakcik pernah mengutarakan satu soalan pada pakcik...

"Kau kisah tak sekiranya awek a.k.a girlfriend(GF) kau sudah tiada dara?"

Dengan penuh rasa yakin dan selambernya pakcik jawab

"Tak kisah, sebab aku takde awek."
Dussshhhh....penumbuk maut singgah ke muka pakcik yang hensem...
Okay-okay, fine, pakcik jawab...

Ada dua jawapan untuk soalan ni...
-Kisah
-Tak Kisah

Seandainya hal sedemikian berlaku pada pakcik padahal memang pernah berlaku pon, pakcik takkan menggelabah tak tentu pasal...

1st step yang pakcik akan buat ialah minta dia  ceritakan hal yg sebenar secara jujur apa yang menyebabkan dia kehilangan dara...
Bagi pakcik ada 3 sebab kenapa seorang perempuan tu boleh kehilangan dara...
--Dianiayai(dirogol, diperkosa, dan sama waktu dengannya)
--Kuat bersukan(berbasikal, panjat gunung, dan sama zon dengannya)
--Terlanjur(suka sama suka dengan seseorang)
Ketiga-tiga sebab ni pakcik boleh terima, TAPI bersyarat...
Yes...opkos la bersyarat...

2nd step, pakcik akan siasat dulu sama ada apa yang diceritakan oleh si dia ni benar atau tidak...
Mana boleh main tangkap muat je kan...
Mesti nak kene siasat dulu betul atau tidak, mana boleh terima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh beliau kan...
Mana la tau dia kelentong pakcik ke...
Bukan tak percaya, tapi akan timbul sedikit rasa ragu-ragu sekiranya tak disiasat...
Tak sayang awek korang cakap???
Choiii....cakap sodap molot jer ea...
Kalau tak sayang, takde gilanya pakcik nak investigate segala bagai ni...

3rd step, berdoa pada yang Maha Esa semoga di beri jawapan yang pasti pada ujianNya pada pakcik ni. Then, baru pakcik buat keputusan...

Kenapa pakcik cakap jawapan pakcik "kisah dan tak kisah"?
Ada sebabnya...

Tak Kisah
Sekiranya si dia hilang dara disebabkan dianiayai atau kuat bersukan...
Sekiranya benar di sebabkan dua sebab ni, pakcik tak kisah...
Manakala, sekiranya si dia terlanjur dengan seseorang, JUGA pakcik tak kisah...
TAPI...dengan syarat si dia betul-betul insaf dengan perbuatannya dan tidak akan mengulanginya lagi...
Insyallah pakcik akan cuba sedaya upaya untuk terima si dia seadanya...

Pakcik ni bukan la alim sangat, kopiah 24/7 atas kepala, 30 juzud al-Quran di dada...
Bukan, pakcik bukan orang yang semulia itu, pakcik juga pakai seluar jeans, baju-T...
Layan juga lagu Bruno Mars, Linkin Park dan sebagainya...
Pakcik sedar pakcik juga insan yang lemah, tak lepas dari melakukan kesilapan...
Bagi pakcik, dara bukan lah sesuatu perkara yang terlalu penting dalam perhubungan...
Perhubungan di sini yang pakcik maksudkan adalah perhubungan yang betul-betul ikhlas dan berniat untuk di jadikan pasangan hidup dunia akhirat...
Si dia juga manusia seperti pakcik, apa salahnya sekiranya pakcik beri si dia ruang dan peluang untuk berubah...
Sesungguhnya manusia yang untung adalah, manusia yang pernah melakukan kesilapan dan medapat Hidayah dari Allah dan dia betul-betul menginsafi atas perbuatannya...

Member pakcik tanya lagi, "Kau tak kisah ke dengan malam pertama?"
Ada apa dengan malam pertama tu?
Apa beza berjimak dengan isteri yang ada dara dan tiada dara?
Apa yang best sangat?
Seriously pakcik tak tau, jangan tanya pakcik...
Pakcik sula korang baru tau kalau korang tanya pakcik soalan tu...
Pakcik teruna lagi okay...

Pada lelaki yang terlalu kisah dengan dara dan malam pertama ni, pakcik ada soalan la sikit nak tanya..
--Korang tu dah terlalu sempurna ke sehingga korang nak judge perempuan yang tiada dara ni kononnya keji, tak suci, kotor dan sama siaran dengannya?
--Adakah dara dan nikmat malam pertama tu menjanjikan kebahagian korang dalam menempuhi alam berumah tangga?
--Adakah dara dan nikmat malam pertama tu menjanjikan hubungan korang berkekalan hingga akhir hayat?
--Adakah dara dan nikmat malam pertama tu menjanjikan korang mendapat anak-anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi saham korang untuk ke akhirat nanti?
Sekirannya jawapannya TIDAK, runtuhkan la sedikit ego mu wahai lelaki, kamu takkan rugi apa-apa pun...
Tetapi, sekiranya awal-awal lagi kamu memang dah tak boleh nak terima kenyataan bahawa si dia ni sudah tiada dara, tak kira dari sebab yang mana(di antara 3 sebab yang pakcik nyatakan), sila lah tinggalkan si dia dengan cara berhemah, jangan lukakan hati si dia dengan sikap ego mu...
Kenapa pakcik cakap suruh tinggalkan?
Di khuatiri kamu akan mengungkiti perkara ini di kemudian hari dan menghujani si dia dengan pelbagai tomahan...
So, baik undur diri secara profesional...

Kisah
Sekiranya semasa dia memberitahu pakcik tentang hal tu dengan penuh rasa bangga dan tiada sedikit pun rasa bersalah atau kesal dari tone suara mahupun reaksi wajah...
Terutama dengan sebab yang ketiga...
Nescaya pakcik akan senyum dan melangkah kebelakang selangkah demi selangkah...
Terang lagi bersuluh, dia tak insaf dengan perbuatan dia...
Mungkin juga tu salah satu cara warning darinya supaya pakcik jauhkan diri dari dia...
Orang dah tak nak, jangan di paksa, nanti cinta yang dihulurkan bukan berdasarkan keikhlasan dan kasih sayang, tapi disebabkan belas kasihan...


Tak dayus sekiranya korang orang lelaki di luar sana terima seorang perempuan yang sudang kehilangan dara...
Skop dayus tu bukan la bermaksud sekadar lelaki menyepak terajang perempuan...
Ianya lebih luas dari itu...

Sebagai contoh:-
Lelaki itu dayus sekiranya dia melihat isterinya melakukan kemungkaran di depan mata tanpa menegur si isteri...
Lelaki itu dayus sekiranya dia membenarkan anak perempuannya bergaul bebas tanpa kawalan dengan lelaki bukan muhrim...
Nak tau lebih tanya la pada ustaz ustazah, pakcik tak reti nak berceramah...
Ilmu sikit-sikit sekadar untuk diri sendiri tu ada la...

Dah panjang berjela entry pakcik kali ni...
Terima kasih kepada pengkritik yang sudi baca sampai baris last...
Semua yang pakcik nyatakan di atas adalah mengikut pendapat pakcik...
Masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri...
Mohon maaf sekiranya ada terkena batang hidung sesiapa, bukan niat pakcik untuk mengata orang itu orang ini...
Sekadar berkongsi cerita, sambil-sambil menilik diri pakcik sendiri...
  
abaikan model dalam gambar, sekadar gambar hiasan.hati masih teringat pada si dia
pesanan tuan tanah : bila la nak mengarang cerita untuk balas tag dari Cik Aneng ni, duhh~

24 Kritikan Bernas:

Fara Ada said...

hmmm setuju dgn pakcik..Alhamdulillah kalau semua lelaki berfikiran mcm pakcik...
ehh pakcik umo bp? nak menggatal ni...boleh la kalau nk buat adik ipo ke..abg ipo ke..sepupu ipo ke ek...nak buat menantu xda anak lg..wakakakakakaka

shida said...

pergh panjang siot entry nie...ha3~~
nice
kalau dah syg there is always an exception...:)

kadang2 tu kesilapan tu bkn kita puncanya..

nadya said...

kadang2 kn pak cik...perempuan tue cacat..maksud disini...mcm manusia yg lahir ke dunia ney xsempurna, mcm 2 la jgk...in some cases, ada perempuan yg lahir di dunia xada dara..means since baby gurlz tue di lahirkan didunia ney..without dara.....

EmpayarUtama said...

Pakcik ni; tak kisah tapi masih bersyarat... kisahlah tu.
Ada aku kisah? :)

Xavi De said...

>>Fara Ada : pakcik baru umur 11thn, boley jadi cucu angkat kamu tak? haha

>>shida : nak bebel pnjg lagi, tkt org xnk baca..haha..
yup, jgn senang2 kita menghukum seseorg tu..:)

>>nadya : yg ni mmg xdapat disangkal lagi,KIV..hehe..
ada juga yg lahir dengan dua dara, dua vagina, dua rahim, dan period dua kali ganda dari perempuan biasa, pernah dengar? :) semuanya kuasa Allah.

>>EmpayarUtama : xkisah di sini bermksd, xkisah ada ke tak, tp kisah dengan "sebab" kenapa boleh xde.
dengan kamu pakcik mmg xkisah, sbb pakcik bukan gay..:D

shida said...

ha3~~
jgn pnjg2 sgt...
xlarat nak bace...otak semakin tepu dengan final exam...arghhh

cik bulan said...

panjang sekali woh..:D..

pacik..npe muka blurr??haha..muka pompan tu yg besaq nya..hahaha

Fara Ada said...

cucu angkat??? punah harapan nak jadikkan adik ipo/abg ipo swaktu dengannya..cucu angkat pun cucu terangkat lah..tp jgn nk ngada mintak duit raya bebanyak...haha

~Nana 귀여운~ said...

semua apa yang pakcik cakap memang saya setuju 100%, kadang lelaki x boleh menghukum kaum perempuan sekiranya dia tiada dara, haruslah soal siasat terlebuh dahulu jikalau dia kehilangan daranya kan ? jujur adalah penting bagi setiap pasangan dan akan berbahagia sampai akhir hayat.

Xavi De said...

>>shida : pasti entry pendek2 jer, 2 3 baris jer..hehe.
Bila start exam? Good Luck K..=)

>>cik bulan : sbb kompidensel...haha.
Mane pakcik rembat tah gambar tu <--tipu

>>Fara Ada : oh, nenek angkat nmpak gorgeous la di pagi raya.[sambil sengih yg penuh mkna..=D]

>>~Nana 귀여운~ : yup..xbaek maen judge org tanpa usul periksa. Dan ya, kejujuran salah satu tonggak utama dalam sesebuah perhubungan..=)

Fatin Baharum said...

tak pernah baca entry macam ni :) btw, blog i boleh komen tapi certain entry, if nampak ada tulis comment, means boleh la, if x, mmg xde la.. :)

Santri T.P.I.N.I said...

kalau kita nak orang yang baik, maka kita mesti jadi orang baik dulu. macam ayat dalam al quran, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat...

Nurmaisarah Ismail said...

Amboi! Back up prempuan lah. Nothing to say just Alhamdulillah kalau ada yang berfikiran terbuka mcm ni :)

Fathiah Hamim said...

scientifically, takda dara bukan setakat sebab dah 'maen'. tapi banyak lagi sebab, macam atlet pun boleh pecah dara.

~~faizatul akma~~ said...

hurm...nice entry dan betul jugak pendapat pak cik ni..jgn senang2x nk tgk dan cari kesalahan org je..kite kena la muhasabah diri dan tgk kelemahan diri kita juga..kan sudah tertulis yg mana perempuan baik utk lelaki yg baik, lelaki jahat utk perempuan yg jahat dan Allah maha mengetahui segalanya..segala yg terjadi di muka bumi ni pasti ade hikmah yg tersendiri~ renung2xkan dan selamat beramal..=)

dhiera said...

ada juga ye orang berfikiran macam pakcik ni~ sekurang-kurangnya, mereka yang dianiaya tu tidak lebih dianiayai lagi~

akoo pae said...

wahh ttbe jatoh hati ngan pakcik bile bace entri ni.kakaka

ehh..camane bsukan bole ilang dara??


*bile tgk gamba tu,rasenye pakcik ni bukan ''pakcik'' je..huhu

Xavi De said...

>>Fatin Baharum : skrg da pernah kan..TQ singgah..:D
pakcik ni lau tgk entry yg best rasa nk komen, terkilan bila tekan2 xdapat nk komen
(*ayat xleh bla..he)

>>Santri T.P.I.N.I : yeah, btl tu. tp kdg2 ada org persoalankan, kdg tu ada je lelaki/perempuan baik tp pasangn dia xbaik. Tu semua percaturan Allah,DIA lebih mengetahui..:)

>>Nurmaisarah Ismail : eh, mana ada backup, cuma bgtau apa yg ptt..cewahh..hehe

>>Fathiah Hamim : betul..dan ianya sudah dinyata kan di atas..:)

>>~~faizatul akma~~ : xbaek tunding2 jari cari kesalahn org, betulkan diri sendri, insyallah dapat pasangn yg ok..btl cakap kamu..;)

>>dhiera : hidup ni kena ada tolak ansur, klu x kesian dia, sudah jatuh di timpa lif(bg yg teraniaya)..hehe

>>akoo pae : pakcik kutip hati kamu yg jatuh tu,simpan leklok..haha..
Dara boleh pecah klu kuat bersukan, sbb selaput dara tu xde la tebal sgt.
kamu buat reseach ye..:)
*pakcik ni da kerepot dah, kenapa xcaye?hehe

akoo pae said...

hhaha pulangkan balek hati akooo~~
=p

owh gituu..


yelatu dah kerepot..cube tayang gambo sebeno..

Xavi De said...

>>akoo pae : dah terlambat, pakcik dah taruk kat muzium..haha
errr...xde org sudi nk snap gambar pakcik, org tua la katakan..huk3x...

Miss A said...

wow,nice en3.suke gila!

hurmm..

Xavi De said...

>>Miss A : thanx..:) tp kenapa ada "hurmm.." tu?:p

CTK said...

entri pnjg2 pon pnjg lah janji ct suka baca...adew lagi rupenyer laki cm kamo neh...tahniah2...bukn sng lorh


p/s :apepown aku masih dara...hahaha

Xavi De said...

>>CTK : hidop ag, lum mati..tp dah tua ler..hehe
*tahniah2...:)