::Jadi Pomen Tengah Hujan::.

Assalamuaikum dan selamat pagi...
Post sebelum ni pakcik lupa nak bagi salam...
Teruk betul pakcik ni, so dari sekarng kena amalkan memberi salam sebelum mangarut lebih panjang...


Pagi ni datang kerja memang mencabar...
Segala ilmu pomen(membaiki moto) yang terbuku di dada telah teruji...
Apa tidaknya, moto kesayangan pakcik meragam semasa on the way ke tempat kerja...


Pakcik sekarang bukan kerja pon, baru praktikal...
Pakcik buat praktikal kat Melaka, Negeri Bandar Teknologi Hijau...
Tempatnya di rahsiakan demi keselamatan rakyat sejagat...
Pakcik ni stay kat Rembau, so ulang alik la datang kerja di Melaka ni...


Hari ni nak dijadikan cerita, moto pakcik meragam...
Masa tu pakcik baru je masuk highway(tol simpang ampat)...
Keadaan cuaca pada pagi ni hujan renyai-renyai, jalan agak basah...
Dengan kelajuan supersonik pakcik memecut, berlumba dengan sebuah lori...
Tiba-tiba moto pakcik tersedu-sedu...

"Apo kono pulak ngan moto nie", pakcik bermonolog.


Demm...lori tu dah jauh kehadapan menuju garisan penamat...
Pakcik pun berhentikan moto pakcik, masa tu enjin moto dah mati...
Sungguh meruntun jiwa pakcik,dengan keadaan cuaca yang sungguh "romantis", moto kesayangan pakcik buat hal...

Masa tu pakcik belum lagi sampai R&R Restoran Jejantas...
Sesiapa yang selalu ulang alik guna jalan ni dia tahu la..
Pakcik kuatkan tenaga, cuba start balik moto pakcik tu...
Guna manual punya, sebab moto pakcik takde electric starter...
Kayuh punya kayuh, takmo hidup jugak...
Ada juga pakcik cuba tahan moto yang lalu kat situ...
Tapi hampa, mana la ada orang nak berenti, dah la time hujan kan, tambahan pula orang berkejar untuk ke tempat kerja masa tu...
Pakcik cuba dan cuba lagi...
Hampir putus harapan pakcik...
Sambil-sambil tu pakcik masih cuba menahan orang yang lalu kat situ...
Tiba-tiba ada la insan mulia berpatah balik kearah pakcik...
Yela, dorang patah balik la sebab dorang laju,dah terlajak dari tempat kejadian...
2 orang, menaiki moto Yamaha LC kaler hitam...


Orang : Kenapa ni...?
Pakcik : Entah la, enjin tiba-tiba mati...dah start tapi xmo hidup. Abang nak kemana...? Boleh mintak tolong..?
Orang : Saya nak ke Ayer Keroh...Tolong macamana...?
Pakcik : Sama la kita, boleh tolong tunda moto pakcik tak...?

Orang : Jauh lagi tu nak ke Ayer Keroh, lagi pun saya nak cepat, ada kematian.
Pakcik : (Innalillah...) Takpe la bang, abang gerak dulu la kalau macam tu.
Orang : Mintak maaf ye.
Pakcik : Takpe-takpe...Abang gerak dulu.



Situasi  budak tu lagi penting dari pakcik, pakcik paham...
Pakcik kuatkan tenaga batin pakcik, buka seat dan ambik segala peralatan bedah untuk baraikan moto pakcik...
Buka dalam, buka luar, buka dengar sini buka apa yang patut...
Kasi gosok-gosok sama itu spark plug, kemaskan mana yang patut...
Then pakcik cuba start...
Vrrrooommmmmmmm............

Alhamdulillah dah hidup...cepat-cepat pakcik pasang balik baju coveset moto pakcik...
Kali ni bawak slow jela...
Jangan lupa, masa ni tengah hujan lagi...
Nak dipanjangkan cerita, moto pakcik mati enjin skali lagi...
Betul-betul kat signboard 2km exit Ayer Keroh...
Tanpa berfikir panjang, pakcik terus buka coverset macam tadi...
Ketuk sana, ketuk sini, siap...
Berpeluh tu takyah nak cite la, bercampur pula dengan renyai hujan...
Siap je, pakcik terus gerak...
Masuk Ayer Keroh terus cari bengkel...
Sekarang moto kesayangan pakcik tu di-operate kat bengkel berdekatan dengan MITC...
Janji petang ni nak ambik dengan apek tu...
On kos katanya RM109, pokai la pakcik, Dah la kerja takde dapat gaji...
Terima kasih kepada member sepejabat pakcik kerana sudi pergi ambik pakcik kat situ...
Petang karang tolong hantar sana semula ye...hehe...

Ni la gambar awek
 moto kesayangan pakcik...
Tapi ni lama punye, yang latest belum bergambar lagi...


kalau rasa gambar ni xjelas,penyet jer tetikus kat atas gambar


pesanan tuan tanah : Amat memenatkan...cerita ni lagi ringkas dari pengalaman sebenar.

.::Lelaki, TV dan ENSET::.

Apakah kesinambungan lelaki dan 2 objek ni,
Jom kita terjah bersama pakcik...


Bini ni macam TV,



Gurlprend pulak macam ENSET.





Di rumah lelaki tengok TV,
Tetapi bila nak keluar lelaki akan bawa ENSET.


Bila takde wang, lelaki akan jual TV,
Bila ada wang, lelaki akan tukar ENSET.


Tengok TV ni percuma,
Tetapi ENSET, kalau tak bayar, perkhidmatan akan ditamatkan.


TV ni besar, berat, dan dah oldtimer,
Tetapi ENSET ni comel, langsing, dan mudah alih.


Kos beroperasi untuk TV ni senang,
Tetapi ENSET susah dan demand tinggi.


TV ada alat kawalan jauh,
ENSET takde.


Paling penting, ENSET ni komunikasi dua hala,
Tetapi dengan TV, kita hanya melihat dan mendengar.


Last but not least....
TV takde VIRUS,
Tetapi ENSET ada VIRUS, so beware...




pesanan tuan tanah :


  • Tak guna punye lelaki.
  • Post ni hanya untuk suka-suka, lelaki dan perempuan kat luar sana jangan terasa hati pulak ye. (ada ke orang bace blog pakcik ni, perasan je lebih)

  • Pape pun pakcik dah ada 1st follwer, bangga giler...
  • Arigato gozaimastu pada Cik Pinky

.::1st Time Tengok Persembahan TATU::.

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Pagi ni tiba-tiba rasa bersemangat nak update blog...
Meroyan apa tah aku ni, tiba-tiba je...wahaha


Petang semalam, balik kerja je, akak aku ajak pergi tengok TATU PDRM kat Paroi, Negeri Sembilan...
Aku tengok banting pasal TATU tu dah dekat seminggu, tapi  tak bersemangat nak pergi...
Bila dah ada teman yang ajak, memang bersemangat laa..hehe


Lepas solat maghrib je terus bertolak ke sana dengan menaiki honda(contoh, bukan yang aku punye ni)...hehe
Sampai je kat sana, jalan da sesak..
Mujur la aku ni terer mencelah...


Da dapat je tempat parking, kami terus menuju ke dalam stadium...
Skali tersalah pilih tempat duduk la pulak...
Ada ke patut pergi duduk kat belakang pentas, tak nampak apa-apa la jawabnya....
patut la takde orang duduk kat tempat tu...
Kami terpaksa mendaki menaiki tingkat atas untuk medapat pemandangan yang jelas...
Port dah cun, just tunggu nak tengok persembahan je...
Aku sempat snap 2 keping picture dengan menggunakan DSLR aku yang canggih ni...




Ni masa opening, memang grand gile..
2 buah helikopter, 2 buah EVO X polis, beberapa kereta peronda Waja, pasukan khas polis membuat persembahan...
Siap ada aksi letup-letup dan tembak menembak anatara pasukan khas polis dan pengganas yang cuba menawan kapal terbang Boieng 747...





Ni pula persembahan pancaragam dari pasukan pancaragam PDRM...
Siap ada lampu kelip-kelip lagi...


Ni jela gambar yang sempat aku snap...
Kamera mahal katakan..hehe
Antara persembahan lain yang ada ialah


  • Persembahan pancaragam dari pasukan pancaragam TDM
  • Persembahan akrobatik atas motosikal dari PDRM
  • Persembahan akrobatik atas kuda juga dari PDRM
  • Persembahan kawad tanpa arahan dari PDRM
  • Persembahan kawad patung juga dari PDRM
  • Persembahan TTS dari TDM
  • Persembahan payung terjun yang pakai kipas kat belakang tu, aku lupa nama apa orang panggil benda tu, dari komando ATM
tuan tanah cakap : penat, tapi best...