.:Luahan Hati:.


Bodohkah aku kalau aku menitiskan airmata hanya untuk dapatkan cinta dari seorang perempuan...?
Salahkan kalau aku ingin mencuba...?


Bukan niat ku untuk memaksa dan meminta-minta jawapan darimu...
Aku cuma inginkan satu jawapan yang pasti agar aku lebih setia dalam perhubungan ini...

Aku faham bahawa kau juga dalam dilema...
Mungkin aku yang terlalu rakus mahukan kepastian sehingga
langsung menutup ruang hatimu untuk aku terokai...

Ya...mungkin ini semua silap ku...
Aku hanya mahu kau tau isi hati ku...
Sehingga aku terlupa untuk memahami isi hati mu...
Sungguh...itu bukan niat ku...

Aku memohon ampun sekiranya hadir nya aku dalam hidup mu
untuk kali ini hanya menjengkelkan dan merosakkan hari-hari ceria mu...
Aku hanya ingin kau tau bahwa perasaan aku yang dulu terhadap
mu masih segar seperti baru semalam ia berlaku...
Tak pernah sekali pun aku terasa kau menyakiti ku...
Apatah lagi untuk aku mendendami mu...

Pesanan Tuan Tanah : Saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak...

2 Kritikan Bernas:

shida said...

pergh...hahaha...
lama xsinggah sini...
pakcik masih jiwang seperti dulu~~~ :P

Xavi De said...

shida >> eh...ada lg org follow blog pakcik rupanya...
padahal da lama pakcik xupdate...huhu
TQ cik shida...:)