.::Merpati Pun Join::.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
tutup mata kalau belum cukup umur

Nak buat entry pendek je, Insyallah...
Apa khabar kamu semua? Semoga sihat selalu la ye...
Ok, apa yang merpati join ni...?

Baca la kalau nak tau...
Hari ni hari jumaat, seperti biasa yang lelaki kena solat jumaat...
Benda ni dah beberapa minggu pakcik perhatikan...
Setiap kali waktu solat jumaat, akan ada sekumpulan burung merpati datang bertenggek kat tiang letrik dan bangunan-bangunan yang berdekatan dengan masjid tersebut...
Seolah-olah burung-burung merpati tersebut sedang khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib...
Masyallah, hebat betul ciptaan Allah ini...
Pada mulanya pakcik just anggap itu kebetulan, tapi lama kelamaan pakcik rasa ada sesuatu yang istimewa dengan situasi tersebut...
Ianya bukan berlaku secara kebetulan...
Sebab pada waktu-waktu biasa, jarang ada burung merpati kat kawasan...
Tapi bila tiba solat jumaat, suasananya seolah-olah anda berada di negara mat saleh yang banyak merpati kat tepi jalan tu...
Seusai selesai solat jumaat, burung-burung tersebut berterbangan membawa hala tuju masing-masing...
 gambar hiasan

Lagikan haiwan tahu menghormati solat jumaat, ni kan pula kita manusia, terutama lelaki...
Solat jumaat tu wajib keatas lelaki yang cukup sifatnya...
Tiga kali berturut-turut meninggalkan solat jumaat secara sengaja, nescaya akan tertutup pintu hatinya...

pesanan tuan tanah : ada segelintir yang datang solat jumaat, time khatib baca khutbah, dorang bertenggek tepi-tepi jalan, dah macam merpati pula.

12 Kritikan Bernas:

ME CTCT said...

pesanan tuan tanah itu bukan dituju utk pakcik kan? hahaha
tp betul ke merpati dtg? teliti betul pak cik, org tgh bce khutbah, g tgk merpati lak..hehe

♥ Nana BamBam ♥ said...

huhuhu..

Afzainizam said...

woooo waktu solat jumaat ajerrr ramai yang ambik kesempatan bershopping kat plaza... walaupun dengar khatib bagi kutbah... hah itu yang di namakan hati hitam legam

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
skuter sanyang motor sym

~~faizatul akma~~ said...

wah..entri bagus ni ustaz..eh..pak cik..hehehe =P

Xavi De said...

>>CTK : eh, xla..ditujukan pada jiran kg sebelah..hehe
btl, burung tu mcm tau2 jer..
alamak, kntoi...XD

Xavi De said...

>>~Nana 귀여운~ : haha..:P

>>Afzainizam : yer, btl tu..lau yg pmpuan leh la bg alasan "cuti", yg laki...???

>>~~faizatul akma~~ : ustaz..? alamak..haha

dhiera zainudin said...

beruntung dapat tengok fenomena macam ni~ kadang2 tu menyampah pun ada bila lelaki time solat jumaat, up status kat fb "shopping di times square" apakah??

jat said...

hmm even burung pn pndai dgr khutbah..

t'igt once upon a time....... tepi jln ms otw dr hotel nk g msjidil haram, pun byk burung mrpati.

Anonymous said...

untung bertenggek tepi jalan...klu x dngr khutbah lgsg...

Xavi De said...

>>jat : pernah sampai sana..bestnya..:)

>>soooooour : a'ah..btl gak tu. tapi alang2 da sampai, ape salhnya masuk lam masjid, xke panas duk luar tu, dalam ada kipas...hehe

nazira said...

Subhanallah.. Hebatkan ciptaan Allah..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Xavi De said...

>>nazira : btl3...sumenya kuasa Allah...:)