.::Siapakah Yang Benar::.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sudah lama rasanya pakcik abaikan rumah usang pakcik ni...
Lalang pun dah bermaharajalela...
Labah-labah dah mula buat macam rumah sendiri...
Apa-apa pun terima kasih tak terhingga pada reader yang sudi juga menjenguk rumah usang pakcik ni...
Insyallah pakcik akan membalas kunjungan korang secepat mungkin...
Ok, berbalik kepada topik kita pada pagi ini...
Tajuk nak hot je pakcik ni kan...

Hari tu pakcik layan cerita Hang Tuah hasil karya agung Tan Sri P.Ramlee...
Yes..old timer kata kan, layan pun cite lama-lama je...
Beliau memang bijak mengolah cerita, dan pada penhujung cerita itu, beliau memberi satu persoalan yang tiada jawapan pasti hingga ke hari ini...
Lebih kurang macam ni la dialog last oleh Hang Tuah dalam cerita tu...
"Siapakah yang benar...? Akukah, atau Jebat yang benar..."
Pakcik pun tiada jawapan yang pasti, cuma ini adalah pendapat pakcik semata-mata dan tiada kaitan antara yang hidup, dan yang dah mati tu kita sedekah je al-Fatihah...

HANG TUAH
ni Hang Tuah dalam cerita tu ye...:p

Beliau terlalu taat pada perintah raja sehinggakan beliau sanggup lakukan apa sahaja asalkan perintah itu datang dari raja, termasuklah menumpaskan Jebat derhaka sebagaimana yang didakwa oleh raja...
Sikap ini memang bagus, sebab dalam rukun negara sekarang pun ada benda ni kan iaitu "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara"
Tapi pada pendapat pakcik, silapnya si Tuah ni, beliau tidak usul periksa dahulu kenapa Hang Jebat mengamuk sehinggakan si Jebat sanggup menderhaka kepada raja sendiri...
Maksudnya perangai raja dan perangai Hang Tuah ni sama sahaja...
Kerana...semasa raja menjatuhkan hukuman bunuh pada Hang Tuah, baginda tidak usul periksa dahulu punca kejadian tersebut...
Kejadian tersebut tu, pandai-pandai la korang belek buku sejarah balik ye...hehe

HANG JEBAT
ni Hang Jebat dalam cerita tu..susah betul nak cari
dilakonkan oleh Ahmad Mahmud

Beliau seorang yang setia dalam persahabatan...
Seorang sahabat yang sukar untuk kita temui pada hari ini...
Kawan yang ada semasa kita gembira senang  kita cari...
Tetapi tak senang untuk kita jumpa dengan kawan yang sanggup ada bersama kita semasa kita berduka, atau dengan kata lain seorang sahabat...
Hebatnya Hang Jebat ni beliau sanggup lakukan apa sahaja demi menegakkan kebenaran walaupun terpaksa menderhaka kepada raja...
Mungkin pada kaca mata orang zaman itu Hang Jebat ni seorang pesalah, kerana menderhaka kepada raja...
Kerana pada zaman itu raja adalah segala-galanya, perintah raja haruslah dijunjung, siapa yang melawan akan mendapat TULAH...
Korang tahukan apa itu tulah...
Mungkin juga kita akan kata, bukan itu caranya untuk tegakkan kebenaran...
Tapi kita kena ingat, pada zaman itu, tiada undang-undang yang boleh melawan raja, kerana apa yang raja buat semuanya benar belaka...

Allah dah aturkan dengan cantik segala jalan cerita ini supaya kita yang hidup zaman sekarang ni berfikir...
Puncanya bermula apabila hukuman bunuh yang dijatuhkan pada Hang Tuah tidak dilaksanakan...
Hang Tuah disorok oleh seorang pembesar kerana beliau tahu Hang Tuah tidak bersalah...
Maksudnya pembesar itu juga menderhaka kepada raja, kerana tidak melaksanakan tugasan yang diperintahkan raja, betul tak cakap pakcik...?
Tetapi kenapa pembesar tersebut tidak dijatuhkan hukuman kerana melanggar perintah raja...?
Kerana pembesar itu membongkarkan rahsianya semasa situasi amat kronik, iaitu semasa Hang Jebat sudah mula menggila...
Adilkah sikap raja tersebut...?
Jawapannya ada pada diri kita masing-masing...
Rentetan dari sikap tidak amanah pembesar itulah menyebabkan Hang Jebat mula menggila untuk menuntut keadilan...
Dan selepas itu berlakulah peristiwa pertempuran antara dua sahabat yang masing-masing ada pegang dan alasan sendiri untuk diperjuangkan...
Seorang dengan pegangan taat setia kepada raja...
Seorang lagi dengan pegangan yang mahu tegakkan kebenaran...
Dan peristiwa ini berakhir dengan pertumpahan darah...
Siapakah yang harus dipersalahkan dan siapakah yang benar dalam kes ini...
Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

Apa yang Allah aturkan semua ini adalah supaya kita berfikir dan ambil ikhtibar...
  • Pemerintah bukanlah tuhan yang selalu benar, kerana dia juga seorang manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan...
  • Perlu ada sikap taat setia pada pemerintah, tetapi biar kena pada situasi...
  • Jangan terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman pada seseorang, perlu disiasat secara terperinci terlebih dahulu...
  • Sikap amarah boleh membawa padah dan harus dikawal. Bersabarlah dalam melakukan sesuatu tindakan, kerana sikap sabar itu saparuh daripada iman...
  • Perlu amanah dalam melakukan tugasan...
Kalau nak diikutkan banyak lagi moral of the story dapat kita ambil dari kisah ni...
Tak tersenarai pakcik...
Korang senarai sendiri jela dalam ruangan komen ye...

Ada banyak versi tentang peristiwa ni...
Yang mana betul, wallahualam, sebab pakcik bukan hidup zaman tu...
Dan salah satu versi yang menarik minat pakcik, versi dimana Hang Jebat bukanlah mati di tangan Hang Tuah...
Korang baca sendiri kat SINI...

pesanan tuan tanah : friends are one of the most important ingredient in this recipe of life.

13 Kritikan Bernas:

~Nana 귀여운~ said...

pakcik..waa windu sama diaaa...hikhikk :P

jat said...

melayu dulu dan melayu kini. persahabatan dulu dengan persahabatan zaman kini...

one of the moral values i can say is that, DIA sebaik-baik Perancang telah menganugerahkan akal dekat kita utk berfikir dan hati untuk yakin dgn perancangan-NYA.

Santri T.P.I.N.I said...

lebih suka hang jebat!

Santri T.P.I.N.I said...

tumpang tinggal link di sini, mana tau nak join sekali ke....

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/1st-segmen-santri-komputer-kesayanganku.html

Fara Ada said...

karya Allahyarham P.Ramlee mmg byk meninggalkan pelbagai mesej yg sampai sekarang pun belum tentu kita ada jawapan yg pasti utk segala persoalan dlm filem2 dia...
itupun kalau ada yg nak memikio..hehehe
tak gitu?

Xavi De said...

>>~Nana 귀여운~ : waa..ada gak org windu pakcik ea..XD trimas2...hehe

>>jat : "DIA sebaik-baik Perancang", btl tu..DIA dah kasi pembayang, tggu kita utk berfikir.

>>Santri T.P.I.N.I : sama lah kita...XD
insyAllah lau ada masa pakcik join k..:)

>>Fara Ada : btl3x... so cik para pikio ke idok...? hehe

Umie Artoqiemie said...

perghh old times gitu..belalang dah belog pakcik ni.. panjang2 pulak tu.

dhiera said...

saya tak pernah terfikir sampai pakcik fikir. lepas tengok, terus off tv. kalau tanya saya balik, apa jln cerita mesti tunggang langgang saya jawab. mungkin sebab saya tak membayangkan saya dalam situasi cerita tu kot~

*xda kena mengena dengan la komen ni. erk *

CTK said...

eden buto sejarah....lgpon byk sgt versi..eden pon tetukar bOnar :D

akoo pae said...

btol3..sokong hang jebat! heheh

Xavi De said...

>>Umie Artoqiemie : orang tua biasa la cu..keh3x.. ni bukan stakat belalang. Pepatung, kupu2 sume ada...hehe

>>dhiera : cintailah karya kita...hehe

>>CTK : buta sejarah xpe, jgn buta mata, nnt xleh blaja sejarah..:p
mmg banyak versi, sbb org yg idup zaman tu dah xde dah skrg ni utk kasi cerita yg btl..:)

>>akoo pae : wahh...bersemangat..^^,

CTK said...

eden akan cubo blaja sejarah yang sudah lame eden tinggalkan..hehe..trOk betOi..hahah

Xavi De said...

>>CTK : budak akaun xpyh blaja sejarah detail, maen ngn nombor jer..hehe