.::Yang Mahal Belum Tentu Elok::.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sihatkah kamu semua...?
Lama betul rasanya pakcik tak kemas rumah pakcik ni...
Labah-labah dan segala jenis serangga dah buat kampung kat raumah pakcik ni...
Nak kena renovate balik, kemas-kemas dulu ruang tamu...
Harap-harap masih ada la orang nak berkunjung ke rumah pakcik ni...
Pakcik mohon maaf kerana tak dapat berbalas kunjungan ke rumah korang sejak kebelakangan ni, sebab pakcik agak sibuk sedikit...
Insyallah, bila ada ruang masa, pakcik akan berkunjung ke rumah kamu...

OK, berbalik pada tajuk kita...
Pakcik yakin korang pasti dah baca benda yang dah heboh kat FB ni kan...

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP               : RM1,000-RM3,000
SPM                                   : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA               : RM8,000-RM12,000
DEGREE                           : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER    : RM15,000-RM20,000
PHD                                   : RM20,000-RM30,000

"Murah" bukan...
Pakcik nak tanya la, ni nak jual kereta ke...?
Jual kereta ikut brand ea...?
Ni jual beribu-ribu ni, downpayment berapa...?
Boleh test drive dulu tak?
Ada cop sirim?

Orang kita sekarang ni kadang-kadang kurang faham beza antara MAS KAHWIN dengan HANTARAN KAHWIN...
Pakcik tau readers pakcik ni bijak-bijak semuanya, pakcik terangkan sikit jela ye...
Mas Kahwin        : hadiah ikhlas dari suami pada isteri yang baru dia nikahi.
HantaranKahwin : duit belanja untuk majlis walimatulurus

So, apa guna sekiranya hantaran kahwin berjuta-juta, tapi mas kahwin hanya RM50?
Bila hantaran kahwin tinggi, mesti majlis nikah pun nak grand kan?
Bila majlis dah grand, bukan ke itu dah jadi riak namanya...
Islam selalu ajar kita supaya bersederhana dalam segenap hal...
Benda ni timbul apabila orang kita sekarang ni suka bertanding antara satu sama lain...
Bila orang sebelah lebih, kita nak lagi lebih dari dia...

Lelaki bukan tak mampu kalau nak mahal-mahal hantaran tu...
Sekarangkan boleh buat loan dengan bank...
Tapi kalau tiap bulan lepas kahwin, si suami tak sempat nak bayar balik macamana?
Bini kena tarik dek bank la jawabya...

Rasulullah pun pernah berpesan, bahawa perkahwinan yang paling berkat adalah perkahwinan yang paling murah mas kahwinnya...
Islam itu senang, kita je yang nak merumitkan keadaan...
Hantaran mahupun mas kahwin yang tinggi belum tentu menjamin kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga...
Mesti ada yang cakap, "alah, tu pun nak berkira...kami (mak bapak perempuan) jaga dia dari kecik sampai besar, kasi pendidikan tinggi-tinggi lagi, kena la dengan harga macam tu."
Sedar tak wahai mak bapak sekalian, si lelaki yang nak berkahwin dengan anak perempuan kamu tu bukan setakat kahwin je tau, tapi dia yang bakal pikul segala tanggungjawab yang selama ni di tanggung oleh kamu(mak bapak) termasuk dosa anak perempuan kamu tu...

 gambar hiasan

Lafaz angkat nikah nampak macam simple je kan...
"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM..."
Tetapi tahukah kamu wahai mak bapak sekalian bahawa maksud tersiratnya berbunyi begini...
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya,apa saja dosa yg dia buat,
dari dedah aurat hingga tinggalnya solat,aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya.
Dan aku tanggung semua dosa-dosa bakal anak-anak ku,jika gagal maka aku fasik,dayus dan aku rela
masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah"
So...pada lelaki yang bakal berumahtangga tu, ingat tanggungjawab mu besar, bukan sekadar untuk menikmati malam pertama, dan kejar pahala sunat di malam jumaat sahaja...
Ni juga salah satu sebab kenapa perempuan kena taat lebih pada suami apabila dia berkahwin dan bukannya pada mak bapak mereka...
Kerana si suami yang menanggung dosa mereka, dan mereka wajib taat pada siapa yang bertanggungjawab memikul dosa mereka...
Lelaki walaupun sudah berkahwin, beranak pinak cucu cicit semua, dia tetap kena hormat mak bapak dorang kerana dosa dia masih bawah tanggunjawab mak bapak dorang...

so sweet pasangan yang berusia ni...=)

Si suami wajib beri isteri makan dan minum dua kali sehari...
Si suami wajib beri isteri dua pasang pakaian baru setahun, termasuk anak tudung, tudung, baju dalam, baju alas, baju, seluar dalam, kain dalam, kain, stokin, selipar/kasut, complete...
This is not a joke, tapi tuntutan agama...
So untuk apa hantaran atau mas kahwin mahal-mahal, kamu(bakal isteri) akan hidup bersama si dia (lekaki bakal suami kamu) juga...
Nanti dah kahwin banyak lagi kamu boleh paw suami kamu tu...
Langsir baru, sofa baru, bla bla bla baru...betul cakap pakcik bukan?
Lagi pun kamu mahu hidup dengan dia bukannya setahun dua, tapi kalau boleh hingga hujung nyawa bukan?
So, kenapa mesti bebani bakal suami mu dengan kewangan hanya untuk kecapi nikmat sehari di hari perkahwinan tu?


Jelas di situ bukan...
No more argue, Allah itu adil...
Perempuan kena taat pada suami(lelaki) kerana syurga seorang isteri itu berada dibawah telapak kaki suami...
Lelaki(anak) kena taat pada ibu(perempuan) kerana syurga seorang anak itu berada dibawah telapak kaki ibu...
Nampak tak yang lelaki dan perempuan ni saling bergantungan  antara satu sama lain...

Kalau yang diatas tu demand mak bapak...
Ni pula demand lelaki yang nak berkahwin...

Bagi Lelaki Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini diSeluruh Semenanjung:-
Pandai Mengosok Baju                                            : RM1,000-RM3,000
Pandai mengosok baju + Kemas rumah                    : RM3,000-RM8,000
Gosok Baju+ kemas rumah+ cuci baju                     : RM8,000-RM12,000
Memasak + gosok baju + kemas rumah + cuci baju : RM12,000-RM15,000
Semua di atas + pandai mendidik anak                    : RM15,000-RM20,000
Semua di atas + taat pada suami                              : RM20,000-RM30,000

pesanan tuan tanah : kerajaan sepatutnya kenakan income tax kalau mas kawen terlalu mahal,
sebab bayar cash, macam beli kereta cash juga kan...

26 Kritikan Bernas:

Izzah Idz said...

Betul hadis tu..dan pada pendapat saya,org perempuan jugak perlu menetapkan nilai 'mas kahwin' yg mengikut kemampuan bakal pengantin lelaki mereka. :)

~Nana 귀여운~ said...

saya takat SPM je..oh murahnyer..hahaha :P

Umie Artoqiemie said...

besawang belog pakcik..xpa pakcik :)

~~faizatul akma~~ said...

pak cik nk kawen dah ke?? hahaha

Miss A said...

alah pakcik,sme geng lah dgn sye.dah lme gile tak update blog.kui3

Xavi De said...

Izzah Idz : yup, btl tu..nilai mas kawen tidak menjaminkan kebahagiaan rumahtangga..:)

~Nana 귀여운~ : lagi muraj lagi berkat...;)

Umie Artoqiemie : tu la pasi, kenap kamu tak tolong tengok2kan rumah pakcik nie...? hehe

~~faizatul akma~~ : pakcik forever alone, lone ranger..XD

Miss A : haha, ye ke? xsempat cu oi nk kemas rumah nie, asyk bz jer...:p

Umie Artoqiemie said...

pakcik tak suruh haha..pakcik nak pinjam hp eh? nah.. misscall.

dhiera said...

panjang pakcik punye entri ni. tahu lah dah lama tak update kan?

pada saya, mas kahwin tu memang wajib la kan. duit hantaran tu ikut kemampuan lelaki nak bagi berapa. hek.

honestly, apa yang belajar dan saya paham kenduri kahwin anak SEPATUTNYA ditanggung oleh parents. lagipun, ini yang keluarga saya praktik kan. duit hantaran tu bulat2 akan dapat kat anak. jadi, saya tak kesah pun berapa nilai ye.

tapi tak dinafikan, orang sekarang guna duit hantaran tu sebagai belanja kenduri. bukankah ini bermakna lelaki itu kena tanggung belanja kahwin die untuk 2 kenduri?! apa kes kan? kalau saya lelaki, baik buat nikah je kat rumah perempuan. rumah lelaki buat grand2 sebab lelaki kena tanggung semua kan? saya tak suka cara pembaziran yang lelaki kena tanggung!! dan tak suka cara sesetengah parent menunjuk-nunjuk perkahwinan anak dia gah gile!! *tanda seru*

soooooour said...

grrrr...mahalnya degree....4eva alone jela...lol

shida said...

:)
cpt update..ho3

Xavi De said...

Umie Artoqiemie >> ouhh..nk kena suruh ker...? eleh, dalam ni boley ler kasi...huk3x...

dhiera >> pembetulan sikit ye, duit hantaran tu mmg utk tujuan walimatulurus, yakni utk belanja kahwin, dan mas kahwin pula hadiah dari suami pada isteri, biasanya dalam bentuk wang, mas kahwin ni la yg diterima bulat2 oleh pengantin perempuan. ramai org salah faham skrg ni..:)
btl kata kamu tu pasal menunjuk-nunjuk perkahwinan anak tu xelok, boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pada orang laen dan timbul rasa riak dalam diri sendiri.

soooooour >> tau pun kamu, so pasni kena chop yg sekolah rendah, cukup umur jer terus kawen...hehe

shida >> dah lama dah, kamu jer tak sudi singgah rumah pakcik ni..:p

soooooour said...

sekolah rendah????erk...xpe la.....

shida'R said...

ada ukuran ke semua tu pkcik..xkkot..bg sya dan psgan tak ikut sgt hehee ^_^

stuck said...

zaman skunk..macam macam..hoho..
btw,slamat ari raya..
maap zahir batin...=D

Xavi De said...

>>soooooour : memilih pula kamu ye..haha

>>shida'R : dunia semua ni, sbb tu semua ni timbul, Nabi kite xajar pun semua ni...:)

>>stuck : kalau tak anak yg mata duitan, parents lak yg mata duitan, dunia2... slamat ari raye, maaf zahir batin, sempat lagi kan...XD

Pinky Pixie said...

habislahhhh.
<<< bakal tak kawen la cemni.. erkkk

Xavi De said...

Pinky Pixie : habes r, tambah2 org sgmt...lagi mahai...haha
eh, tapi bukan ker kamu tggu jejaka kaya masuk meminang sbb nk suh settle kan PTPTipu kamu tu...:p

Fara Ada said...

lama beno xbukak blog sendiri apatah lagi nk datang melawat blog org lain..menaip pun da kekok smcm..hehe..
pakcik apa kabo? wahh ada update...
para malas beno nk update skg..
kepenatan..xda idea..kang update benda bosan plak...diri sendiri pun menyampah nk bc...
wahh betul hangat ni topik pakcik ni...kt email opis pun berlambak bercakap soal ni...
sekadar berkongsi dan saling mengingati..bgus2!

CTK said...

lelaki punye penilaian tuh cam nk bayar gaji bibiki je...baek kawen ngan bibik trus :P


http://khayalan27.blogspot.com/

soffea ielmaney suffiazo said...

betoiii uw pakcik ...

Xavi De said...

>>Fara Ada : sama la kite, lama xhapdate, bukan xmo hapdate, tapi busy ckit la kebelakangan nie. ye, pakcik sekadar meluahkan idea yg xseberapa nie..:)

>>CTK : ok gak kawen ngn bibik, dapat 2 in 1...hehe

>>soffea ielmaney suffiazo : betul3..:)

dhiera said...

ustaz saya pernah kata juga, duit hantaran tu bergantung pada family. sepatutnya, kenduri ditanggung sendiri. sebab duit hantaran tu adat semata-mata. bukan syarat untuk kawen pun~ yg penting mas kahwin. tak ada duit hantaran pun boleh kawen. kan mas kahwin tu cukup dengan sebentuk cincin.

CTK said...

hheheeheh...thu xpew...bru berbaloi dpt bini tu pon :D


http://khayalan27.blogspot.com/

Xavi De said...

>>dhiera : alhamdulillah kamu faham mana satu antara adat dan hukum..:)

>>CTK : tapi jangan layan mcm bibk dah le lepas kawen tu...hehe

CTK said...

hahahaha...itu mesti..nti sapa nk lyn suami..hahaha

Xavi De said...

>>CTK : jgn sampai bibik layan suami dah...XD